Friday 26 November 2010

Doa Ringkas Sesama Muslim

"Assalamualaikum," sapa seorang Muslim kepada saudaranya sejurus mereka bertemu. Lantas dijawab saudaranya,"Wa'alaikumussalam."
    
     Demikian indahnya Islam mengajar kita memulakan perkenalan saudara se-Islam atau memulakan bicara saat bertemu. Pertemuan dimulakan dengan sebuah doa dan dibalas kembali juga dengan sebuah doa. Doa memohon kesejahteraan seorang muslim. Doa ini jugalah yang menyatukan hati-hati yang bersatu di bawah aqidah tauhid.
      
     Namun umat akhir zaman ini sering lupa untuk membalas ucapan salam saudaranya itu dengan balasan yang lebih baik. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan apabila aku diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan yang hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu." (Surah an-Nisa' 4:86)          



Ucapan Salam
Jawab Salam
السلام عليكم
وعليكم السلام ورحمة الله
السلام عليكم ورحمة الله
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته



Ada juga pendapat mengatakan bahawa ada penambahan "ومغرفته ورضوانه وخيرته" pada hujung lafaz salam. Berdasarkan Fatwa al-Shubkah al-Islamiyyah, penambahan kalimah tersebut adalah bidaah kerana jika penambahan demikian wujud, pasti Rasulullah s.a.w. akan mengucapkannya.

Oleh sebab itu, jika ada yang memberi salam dengan lafaz: "ومغرفته ورضوانه وخيرته" maka memadai menjawabnya: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته.

No comments:

Post a Comment