Friday 31 December 2010

Muhasabah Cintamu di Jalan Raya

 
LoVe
   Ketiadaan cinta adalah antara penyebab berlakunya kemalangan. Apabila manusia dikuasa marah, kecewa, dendam, putus asa dalam kehidupan… Segala-galanya itu dihamburkan semasa memegang stereng kereta. Tidak ada cinta di dalam kereta, tidak ada cinta di jalan raya. Kenapa? Sebab tidak ada cinta di dalam dada.
   Ya, kalau kita bersesak-sesak kini, dulu dan nanti di lebuh raya… Cuba kenang-kenangkan “ole-ole” renungan yang sederhana ini. Lebuh raya hakikat cerminan lebuh “kehidupan” yang lebih luas dan mencabar. Kenang-kenangkan destinasi dalam kembara yang singkat ini. Korban di jalan kehidupan ini sesungguhnya lebih dahsyat daripada korban di jalan raya yang sering digembar-gemburkan oleh media massa. Kita dalam golongan yang mana?
   Apakah kita menjadi golongan yang mencapai segala-galanya tetapi kehilangan nilai-nilai teras dan asas sebagai seorang manusia? Litar di jalan raya tidak ubah seperti litar dalam kehidupan juga. Mereka yang tega melanggar undang-undang Allah apatah lagi undang-undang ciptaan manusia, demi mencapai kepentingan diri.
   Atau lebih “brutal” lagi berselindung di sebalik undang-undang bersenjatakan kelicikan dan kelincahan strategi tetapi menafikan “suara hati”. Ini kerap berlaku dalam politik demokrasi. Oleh sebab itulah, pakar-pakar pengkaji politiksering menyatakan “What is politically right, but morally otherwise” [Apa yang secara politiknya betul walau[un dari segi moralnya sebaliknya]!
   Ya, mungkin tanpa cinta kepada Allah dan cinta sesama manusia kita boleh mencapai “quantity of our material” [harta, pangkat dan nama] tetapi kita akan kehilangan sesuatu yang lebih berharga yakni “quality of our hearts” – kemesraan, kasih saying dan budi. Golongan ini hakikatnya ialah “haiwan berteknologi” dalam belantara konkrit. Tidak susah untuk mengenal mereka walaupun selalunya mereka ini memakai seribu topeng untuk bermuka-muka.
   Usah kita terjebak dengan keresahan golongan yang sentiasa hidup dalam “transisi” antara kebaikan dan kejahatan. Sebelah kakinya di daerah cinta menakala pada sebelah lagi di daerah sengketa. Buat baik belum terasa nikmatnya, buat jahat terasa menderita. Mereka ini sentiasa dalam delima, konflik dan kisis.
   Di mana rasa cinta kita ketika memimpin, berniaga, mendidik, bekerja, bertani dan sebagainya? Sesungguhnya pergolakan dalam politik, ekonomi, sosial sedang kita hadapi masa kini ialah “kesesakan” dalam lalu lintaas kehidupan.
   Kita boleh bermuhasabah di kedudukan mana kita dalam kesesakan ini. Dan jika mata hati anda tajam membuat renungan… tidak sukar jugak untuk mengenali golongan pertama dan kedua dalam kehidupan ini. Di wajah mereka tidak ada cinta!!!
Rujukan : Us.Pahrol
 

No comments:

Post a Comment