Saturday 1 January 2011

**CINTA**






 [Antara Cinta Terlarang Oleh Syariat]
·        Berdua-duaan di tempat sunyi atau tempat mencurigakan.
·        Berpegangan tangan dan berpelukan.
·        Bertemu tanpa ditemani mahram.
·        Tidak menjaga adab berpakaian.
·        SMS yang keterlaluan dan membazir wang dan masa.
·        Telefon yang terlalu kerap.
·        Keluar menonton wayang bersama.
·        Bercakap perkara-perkara yang tidak perlu.
·        Menaiki kereta atau motor berdua-duaan.
    
     Ramai pasangan yang bercinta atau bertunang tidak rasmi dan rasmi menganggappertunangan merupakan tiket untuk melakukan semua perkara yang melampaui batas. Awas dan jaga-jaga dengan tipu daya syaitan. Sebab itu hadis Rasul mengingatkan tentang fitnah wanita terhadap lelaki, begitu juga sebaliknya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih mudarat ke atas lelaki daripada wanita.” (Riwayat al-Bukhari)