Friday 31 December 2010

Tahukah Antum/Antunna Nama-nama Lain Bagi Air Zamzam??

Mengikut para ulama, zamzam mempunyai lebih daripada 50 nama.
Antaranya ialah:

1.         Barakah                 
2.        Mubarakh
3.        Barrah
4.        Busyra
5.        Tuktam
6.        Maktumah
7.        Haramiyah
8.        Hafirah Abdul Mutallib
9.        Rakdaah Jibrail
10.     Al-Rawa’
11.       Sabiq
12.      Salimah
13.      Siqayat al-Haj
14.      Sayyidah
15.      Shabba’ah
16.      Syarab al-Abrar
17.      Syifa’u Suqman
18.      Safiyah
19.      Thahirah
20.     Tha’mu Thu’min

Muhasabah Cintamu di Jalan Raya

 
LoVe
   Ketiadaan cinta adalah antara penyebab berlakunya kemalangan. Apabila manusia dikuasa marah, kecewa, dendam, putus asa dalam kehidupan… Segala-galanya itu dihamburkan semasa memegang stereng kereta. Tidak ada cinta di dalam kereta, tidak ada cinta di jalan raya. Kenapa? Sebab tidak ada cinta di dalam dada.
   Ya, kalau kita bersesak-sesak kini, dulu dan nanti di lebuh raya… Cuba kenang-kenangkan “ole-ole” renungan yang sederhana ini. Lebuh raya hakikat cerminan lebuh “kehidupan” yang lebih luas dan mencabar. Kenang-kenangkan destinasi dalam kembara yang singkat ini. Korban di jalan kehidupan ini sesungguhnya lebih dahsyat daripada korban di jalan raya yang sering digembar-gemburkan oleh media massa. Kita dalam golongan yang mana?
   Apakah kita menjadi golongan yang mencapai segala-galanya tetapi kehilangan nilai-nilai teras dan asas sebagai seorang manusia? Litar di jalan raya tidak ubah seperti litar dalam kehidupan juga. Mereka yang tega melanggar undang-undang Allah apatah lagi undang-undang ciptaan manusia, demi mencapai kepentingan diri.
   Atau lebih “brutal” lagi berselindung di sebalik undang-undang bersenjatakan kelicikan dan kelincahan strategi tetapi menafikan “suara hati”. Ini kerap berlaku dalam politik demokrasi. Oleh sebab itulah, pakar-pakar pengkaji politiksering menyatakan “What is politically right, but morally otherwise” [Apa yang secara politiknya betul walau[un dari segi moralnya sebaliknya]!
   Ya, mungkin tanpa cinta kepada Allah dan cinta sesama manusia kita boleh mencapai “quantity of our material” [harta, pangkat dan nama] tetapi kita akan kehilangan sesuatu yang lebih berharga yakni “quality of our hearts” – kemesraan, kasih saying dan budi. Golongan ini hakikatnya ialah “haiwan berteknologi” dalam belantara konkrit. Tidak susah untuk mengenal mereka walaupun selalunya mereka ini memakai seribu topeng untuk bermuka-muka.
   Usah kita terjebak dengan keresahan golongan yang sentiasa hidup dalam “transisi” antara kebaikan dan kejahatan. Sebelah kakinya di daerah cinta menakala pada sebelah lagi di daerah sengketa. Buat baik belum terasa nikmatnya, buat jahat terasa menderita. Mereka ini sentiasa dalam delima, konflik dan kisis.
   Di mana rasa cinta kita ketika memimpin, berniaga, mendidik, bekerja, bertani dan sebagainya? Sesungguhnya pergolakan dalam politik, ekonomi, sosial sedang kita hadapi masa kini ialah “kesesakan” dalam lalu lintaas kehidupan.
   Kita boleh bermuhasabah di kedudukan mana kita dalam kesesakan ini. Dan jika mata hati anda tajam membuat renungan… tidak sukar jugak untuk mengenali golongan pertama dan kedua dalam kehidupan ini. Di wajah mereka tidak ada cinta!!!
Rujukan : Us.Pahrol
 

Wednesday 29 December 2010

~Pengajian Pondok~


*SEKILAS LALU*
HASSAN : Lama tak jumpa ko…Anak-anak ape kabo?
HUSSIN  : Em…Semua bagus.Ko camna?Masih menduda lagi ke?
HASSAN : Nak buat camna.Muka dah kerepot.Dah takde sape yang ndak…Anak-anak ko mesti dah kerja semua, kan?
HUSSIN  : Mana ada?Yang sulong tu, baru masuk tahun akhir sambung PHD, kos jurutera di USA…
                : Kak ngahnya pulak, 2 tahun di India.Abis nanti, jadi prof la tu..
                : Yang ke-3 pulak, baru berangkat semalam, ke London,  amik kos perundangan…
HASSAN : Wow…Dahsyat anak-anak ko…Menjadi semuanya, Alhamdulillah…
HUSSIN  : Ni Cuma…Yang si bongsu nih.Tak jadi ape, dia ngaji pondok aje kat Kelantan tu…
HASSAN : ooo…Sekolah Pondok la tu…
                : Ko kene sedar, anak yang belajar pondok tu la yang  berguna.Bahkan di akhirat nanti, dia yang akan menyelamatkan orang tuanya…

Sunday 12 December 2010

Doa Ketika Angin Ribut

اللَّهُمَّ اِنِّى اَسْاَلُكَ خَيْرُهاَ , وَاَعُوذُ بِكَ مَنْ شَرِّهَا
Maksudnya:’’Ya Allah, aku pinta daripada-Mu kebaikannya dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukannya.
(Riwayat Abu Daud 4/326 dan Ibn Majah 2/1228)